Cabang perkhidmatan Angkatan_Tentera_Rusia

Angkatan tentera dibawah Kementerian Pertahanan telah dibahagikan kepada:

Terdapat dua lagi "cabang pasukan berasingan", iaitu Pengawal Kebangsaan dan Pasukan Sempadan. Ia mengekalkan status sah "Angkatan Tentera", selama berada diluar bidang kuasa Staf Am Angkatan Tentera Persekutuan Rusia. Pengawal Kebangsaan dibentuk dari Pasukan Dalam Negeri Rusia. Struktur baru ini telah dipisahkan dari Kementerian Dalam Negeri kepada sebuah agensi berasingan, berada terus dibawah Presiden Rusia. Pasukan Sempadan ialah organisasi separa tentera Khidmat Keselamatan Persekutuan - iaitu agensi utama perisikan dalam negeri. Kedua-dua organisasi mempunyai tugas masa perang yang penting selain aktiviti utama masa aman dan mengendalikan unit-unit darat, udara dan maritim mereka sendiri.

Jumlah anggota ditentukan oleh dekri Presiden Rusia. Pada 1 Januari 2008, sejumlah 2,019,629 anggota, termasuk 1,134,800 anggota tentera, telah ditetapkan.[7] Pada tahun 2010 Institut Antarabangsa bagi Kajian Strategik (IISS) menganggarkan Angkatan Tentera Rusia berjumlah kira-kira 1,027,000 askar aktif dan sekitar 2,035,000 askar simpanan (kebanyakannya bekas kerahan).[8] Berbanding dengan anggota yang ditentukan oleh dekri, jumlah sebenar anggota pada senarai gaji telah dilaporkan oleh Jabatan Audit Rusia sebagai 766,000 pada Oktober 2013.[9][10] Sehingga Disember 2016, pihak angkatan tentera berada pada 93 peratus tenaga manusia yang diperlukan, naik daripada 82 peratus yang dilaporkan pada Disember 2013.[11]

Menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm, antara tahun 2005-2009 dan 2010-2014, eksport senjata utama Rusia meningkat sebanyak 37 peratus;[12] Rusia membelanjakan $66.4 bilion untuk senjata pada tahun 2015,[13] kemudian $69.2 bilion pada 2016, telah mengambil tempat ke-3 (selepas A.S. dan China).[14] Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, sumbangan senjata moden dalam Angkatan Tentera mencapai dari 26 hingga 48 peratus dikalangan kategori pasukan yang berlainan pada Disember 2014.[15] Ia meningkat ke 30.5–70.7% pada bulan Julai 2015.[16] Purata ialah 61.5 peratus pada akhir tahun 2018.[17][18]